"SEjarah Gereja 1: Oleh Stephen Poyong
Peranan dan kepentingan gereja kepada masyarakat tidak dapat diperincikan dan dijelaskan sepenuhnya daei sudut rohani,Gereja St.Thomas Kepayan merupakan satu pemberian ataupun kurnia dari Tuhan kepada masyarakat Kristisn di kawasan Kepayan.Bermula dengan sebuah pondok yang kecil yang bertapak diatas tanah eshan daripada masyarakat Kepayan sehinggalah kini dengan bangunan-bangunan moden dan selesa,Gereja St.Thomas Kepayan telah menjadi nadi kepada kira-kira 5000 penduduk disekitarnya untuk terus mendampingi Yesus dan menerima rahmat dan berkat daripada Tuhan yang Mahaesa.Gereja ini juga menunjukkan bahawa Tuhan sentiasa berada ditengah-tengah kita untuk terus memberikan kita panduan hidup dalam kehidupan yang serba mencabar dimasa kini.
Walaubagaimanapun,selain aspek kerohanian,keujudan Gereja St.Thomas Kepayan,juga melambangkan beberapa perkara yang boleh membawa pengertian yang mendalam yang memungkinkan rasa puas hati,gembira dan perasaan cinta yang mendalam kepada gereja ini.Dengan melihat kepada sejarah keujudan gereja ini yang diselami dengan pelbagai dugaan dan keperitan dan pengajaran mengenai kekuataan kuasa yang baik untuk menundukkan kuasa yang jahat ataupun "victory of the good over the evil" dapat difahami.Sejarah gereja St.Thomas pada akhir tahun 1960an,dimana MISA KUDUS pertama yang diadakan oleh Rev.Fr Lampe,disebuah kelas di S.R.K Kepayan (Ibu Pejabat Polis Kepayan).Kejayaan ini adalah daripada usaha dan sokongan beberapa anggota/pegawai polis yang beragama Kristian Katolik yang berkhidmat.Penduduk daripada sekitar Polis ,Kepayan dan Ganang telah berkesempatan turut serta merayakannya.
Pada awal tahun 1970an,keadaan ini mula tergugat dengan ujudnya kerakusan beberapa individu yang berpengaruh di negeri Sabah,untuk menghalang perkembangan Kristian.Dalam "era gelap" tersebut,tempat beribadat di sekolah tersebut telah dihentikan.Rev.Fr. Lampe (juga kebanyakan mubaligh) telah diusir keluar dari negeri Sabah,dengan alasan yang kolot dan prejudis.Ini adalah suatu peristiwa hitam bagi umat Katolik di Sabah,walaupun Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Keperitan tersebut bertukar menjadi berkat daripada doa-doa umat katolik,apabila sebuah tempat baru (Balai Raya Lama Kepayan)telah dapat digunakan untuk beribadat.Sebuah chapel kemudian didirikan ditempat tersebut,hasil usaha dan bergotong royong daripada umat setempat.Siap pada awala tahun 1974 dan ditadbir di bawah Gereja Stella Marris Tanjung Aru.St.Thomas Moore adalah nama chapel tersebut.
Kini,sebuah gereja yang indah dan selesa telah didirikan.Berbagai aktiviti kerohanian telah dapat dijalankan.Namun kita tidak harus lupa kepada sejarah dan pengalaman hitam lalu.Keujudan Gereja St.Thomas Kepayan adalah bukti rencana Tuhan kepada penduduk Kepayan,dan lambang perjuangan untuk menegakan kebenaran dan keadilan.Melalui peristiwa ini,umat Katolik telah diperingatkan untuk terus bersatu padu agar muafakat yang terjalin sejak dulu akan memperkasakan mereka dalam segala aspek,baik dari segi rohani ataupun kemasyarakatan.Gereja St.Thomas Kepayan adalah lambang "harapan' kepada umat setempat untuk terus mengimani Tuhan Yesus yang sentiasa bersama walaupun dalam kemungkinan dan keadaan yang direncanakan oleh manusia.Dengan ini,marilah kita semarakan lagi usaha untuk terus maju dan membangun dengan positif dan bermakna kepada gereja kita.
Oleh : Stephen A.Poyong
Pengerusi Majlis Kewangan,
St.Thomas Kepayan.