Perutusan Pengerusi Induk "Perasmian Gereja St.Thomas 1990"


Perutusan Pengerusi Induk
Stephen Poyong,Pengerusi Majlis Paroki selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemberkataan dan Perasmian Gereja St.Thomas Kepayan 18hb Nov.1990.

SEbagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemberkataan dan Perasmiaan Gereja St.Thomas,saya amat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya kita telah dapat mendirikan sebuah gereja yang indah lagi lengkap ini.

Chapel yang telah kita gunakan selama 20 tahun telah pun usang dan tidak lagi dapat menampung umat Kristian yang semakin ramai.Memandangkan Chapel ini didirikan di atas tanah kepunyaan Koperasi Kepayan maka hasrat untuk mendirikan sebuah Gereja sememangnya sudah lama diidam-idamkan.Namun keadaan dan suasana tidak dapat mengizinkan kita untuk berbuat demikian.Hanya pada masa ini hasrat kita itu telah tertunai.

Pembinaan gereja ini telah dimulakan pada awal tahun ini dan kos perbelanjaan telah memakan belanja lebih kurang $800,000.00 .Kontraktor yang telah membina gereja ini ialah Brianchang Enterprise Sdn.Bhd.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan negeri Sabah yang sudi untuk memberi peruntukan pembiayaan kos pembinaan gereja ini.Tanpa bantuan dari kerajaan,gereja kita ini tidak mungkin dapat didirikan.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Uskup John Lee dan Monsignor Cornelius Piong diatas bantuan mereka sepanjang pembinaan gereja terutama sekali dalam meminjam wang membeli tapak gereja yang bernilai $51,715.00.Ini adalah kerana Majlis Paroki mengalami kesempitan kewangan sebanyak $16,715.00.Sokongan yang padu berserta dengan pandangan dan nasihat yang diberikan ke atas penyediaan pelan gereja ini juga amat dihargai.

Akhir kata,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua komuniti di dalam Majlis Pasroki Gereja St.Thomas,para dermawan serta orang perseorangan di dalam menyumbangkan derma,pandangan yang bernas dan terutama sekali doa yang dipanjatkan.

semoga gereja ini akan menjadi lambang perpaduan dan persahabataan di antara kita selain daripada tempat untuk bersembayang.

Stephen Ansil Poyong B.S.K
Pengerusi Majlis Paroki
St.Thomas Kepayan
18/11/1990