Perutusan Rev.Cornelius "Perasmian Gereja St.Thomas"
Perutusan Rev.MGR Cornelius Piong
Paderi St.Thomas Kepayan
Marilah kita bersyukur dan memuji Tuhan atas peristiwa yang kita rayakan bersama pada hari ini 8hb November 1990 iaitu Pemberkataan dan Perasmian Gereja.St.Thomas Kepayan.
Dengan kuasa Tuhan akhirnya impian umat Katolik di Kepayan menjadi suatu kenyataan.Kini sebuah bangunan ibadat berjaya dibangunkan.Saya bersyukur kepada Tuhan atas ketabahan dan iman yang ditunjukkan oleh umat Katolik di Kepayan didalam usaha membangunkan sebuah bangunan ibadat in,walaupun usaha ini telah melalui berbagai rintangan dan memakan masa yang agak panjang.
Harapan saya ialah agar rumah ibadat ini lebih mendorong dan membantu kita untuk lebih mendekati Tuhan didalam perjalanan iman kita.Semoga ianya mendorong kita untuk lebih memberi perhatian dan cinta kasih terhadap "gereja-rumah" kita masing-masing supaya asas Gereja kita menjadi lebih teguh.Semoga ianya juga dapat mengujudkan perpaduan diantara komuniti-komuniti yang beribadat dan merayakan Ekaristi bersama,supaya kita dapat hidup sebagai saksi-saksi Kristus yang lebih berkesan.
Terima kasih kepada semua saudara dan saudari yang terlibat didalam pembangunan Gereja ini dan juga kepada AJK Pemberkataan dan Perasmiannya.Tuhan memberkati semuanya.
Terima kasih dan Terpujilah Tuhan selama-lamanya.
Fr.Cornelius Piong
18.11.1990